BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

kuaratin....H1N1... oh

sejak berita ader budak UPSI kena H1N1...
boleh dikatakan mengeletar la gak kaki...
coz kita tak tau siapa ader di sekitar kita....
umah aku pun depan kampus ari nie kampus sunyi sepi...
tiada suara mahasiswa/i yang saling mengusik kawan...
tiada bunyi hon yang memeritkan telinga...
tiada bunyi kereta dan tawa riang pelajar2nya...
segalanya sunyi sepi...
yang ader hanya bunyi siren ambulans...
yang tidak diketahui hala tujunya...
silent killer nie satu penyakit yang amat bahaya...
kerana tiada siapa dapat menjangka kesannya...
hope penyakit ini dijauhi hendaknya...
dan semuanya selamat amin

cerita hati...

hati selalu berkata-kata...
kalo ader jodoh tak ke mana...
hati kata cinta adalah suci...
bagi pasangan yang serasi...
hati susah nak luahkan segalanya...
banyak yang bersarang dalam jiwa...
hati kata fobia dengan cinta...
kadang-kadang hati sakit ditipu...
kadang-kadang hati mudah jatuh cinta...
kadang-kadang hati berbunga terima cinta...
apa sebenarnya yang tersembunyi dalam hati...
tiada siapa yang tau...
kadang-kadang hati nak menjerit tak tahan...
banyak sangat dugaan...
tapi kata hati kita kena kuat...
setiap kehidupan pasti ader rintangan...
hati sakit bila memendamkan sesuatu...
ingin diluah tapi tiada seorang yang sudi mendengar...
tiada siapa yang faham...
luahan hati ini...
sakit hati nie...
kuat dari luar lemahnya tak terkata di dalam...
biar kena tipu namun hati menyatakan ia betul...
kalo hati tak betul...
rosak dunia banyak bencana...
sakit sangat bila tipu hati...
gembira hati tak terkata...
namun semua dipendamkan sahaja...
hati senang nak percaya...
kadang-kadang tegar tuk mengiya...
semuanya soal hati...
inilah kisah hati...
yang baik diikuti yang buruk di teladani...
kata hati jadilah diri sendiri...
kuatlah menghadapi dunia...
kerana realiti tak macam fantasi...
cerita hati...

cerpen...BENCINTA... episod 1

Siapa yang aku nak ajak keluar nie nak ajak param dia kerja nak ajak kak Jiha pun sama dua-dua buzy memanjang biasalah orang dah berkerjaya. Alamak kenapa dari tadi aku tak terfikirkan dia, aku terus mencari nombor Zafrul dah menghantar mesej mengajak dia keluar esok hari. Hopefully, dia tak buzylah coz minggu ni kan kakak dia kahwin... muda-muda lagi dah kahwin kalau akulah tak naknya aku kahwin muda.
Handphone bernyanyi riang menandakan ada mesej yang masuk. “ waalaikumsalam... leh jer... esok nak pi kol brp? Awak bawa laptop awak la ek saya malas nak bawa”. Nasib baik mood aku tengah baik aku pun reply “ok... nak jumpa kol brp? N kat ner?”. Sekali lagi handphoneku bernyanyi riang, “ kol 11 pagi kat times depan 7e ok?”. “ Ok tapi jangan lambat tau”, usikku dalam nada amaran. Apa tidaknya kalau tak cakap macam tu sure esok dia lambat punya.
Macam biasa setiap kali nak jumpa Zafrul orang pertama yang aku bagitau mestilah kak Jiha. “ Awak esok saya nak jumpa dengan adik awak nak ambik lagu dari dia”, ujarku dan terus aku tekan butang send. Handphoneku vibrate, segera aku capainya takut mak cik ku terjaga bising pula dia, “ sukalah tue esk nk jumpa keksh ati”, usik kak Jiha. “ tak der maknanya saya nak jumpa dia coz nak ambik lagu jer tue ajer sayang oiiii”. “ eh yeke... leh nmpk senyuman awak smpi ke pipi... comelnya”. “ dahlah malas layan awak oklah saya nak tido gud morning sweet dream.. muah kr n knn as’kum”. Handphoneku bergetar buat kali terakhir, “ ok muah juga have a nice day 2ommorrow jgn nakal2 tau w’kumslm”.
Alarm waktu subuh berbunyi menandakan hari yang di nanti telah tiba. Seusai sembahyang subuh aku pun memulakan kerja-kerja aku untuk menggosok baju. Yelah hari nie kan nak keluar.. eh kejap aku nie plan-plan baju nak pakai macamlah keluar dengan pakwe dulu yelah dia pakwe aku tapi sekrang ex dan merangkap kawan baik ajer aku dah boleh terima hakikat bahawa aku dan dia dah tak der jodoh. Walaupun dulu aku yang mintak putus. Nak kata sedih tue sedih jugaklah tapi tue semua dulu masa mula-mula sekarang dah ok walaupun kadang-kadang aku rasa rindu gak kat dia tapi aku pendamkan ajer dan orang yang paling banyak tau rahsia hatiku tentulah kak Jiha.
Macam biasalah aku memang suka siap awal janji kul 11 kul 9 aku dah siap dan kalau janji dengan orang mestilah aku menang. Nak tau menang aper menang datang awal. Selalunya kalau aku janji dengan orang diaorang selalu datang lambat. Jarum jam dah menunjukkan tepat ke angka 10.20 pagi memang sesuai untuk aku keluar rumah. Sebaik tiba di bas stop tiba-tiba ajer ader orang kol aku.. aku kalau orang kol selalunya aku tengok nombor dulu. Eh nie nombor Zafrul apahal plak nie,
“ Awak kat ner tue?”.
“ kat rumah lagi kenapa?”.
“ ah nasib baik kita pi kol 2.00 nak tak saya ader hal tak dapat di elakkan leh la ek
Leh la sori ok”.
“hmm.... oklah 2.00 jumpa kat tempat biasa”.
“ ok thanks”.
Selepas aku meletakkan telefonku aku kembali berjalan balik ke rumah awal lagi baik aku basuh baju dulu. Alamak tadi janji dengan izfa nak belikan tiket untuk dia kalau aku datang awal tapi aku pulak tak jadi so kena mesej cepat nie biasalah orang nak kuar dengan buah hati. Nasib baik dia kata tak aper dia nak juma aku coz dia tau aku kerja kat metrojaya times. Kebetulan aku cuti nasib baik aku memang nak pi sana tengok wayang tapi aku janji dengan dia nak bawa dia junpa dengan ‘kawan lama’ saja nak susprisekan dia.

lama ...memang da lama

aku da lama tak aktifkan blog aku...
tapi hari ini tiba2 aku rajin nak aktifkan balik...
bila kawan aku naim citer pasal blog leeya myra...
siapa leeya myra...??
penulis novel...
da lama gak aku tak baca novel tapi bila midah beli cite
damya hanna tiba2 feel dtg blk hehe...
klaka kan...
tq naim and midah kerana memperkenalkan aku pada blog hehe

Monday, July 27, 2009

TIDO...

kerja aku sem nie nak tido jer...
nak kata tak banyak ker banyak aja...
tesis... assignment...
tak terkira... kuiz.... test...
tapi tido tetap no 1...
paling tensen kelas petang...
uhhhh....
ngatuk....
kelas pagi pun ngatuk gak.... apa nakjadila aku nie....
hehehe
macam makan ubat tido jer...

rindu...

salam...
da lama tak update kan... biasala bz...
bz ker??? hehe bz gan tanam-tanaman...
hahaha... game kat facebook... best try la...
so skrg kita akan cuba update setiap masa ok hehehe