BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

kembali senyum....


pilihlah teman yang menyayangi diri mu sesungguh hatinya...
percayalah kau akan bahagia kerana dia sentiasa cuba membahagiakanmu...
pilihlah teman yang kasih dan hargai diri mu seadanya...
percayalah dia insan yang tidak akan mempersia-siakan dirimu...
pilihlah teman yang mampu berkongsi suka dan duka...
percayalah dia insan yang layak untukmu...
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini...
terima kasih kerana menyayangi diri ini
seadanya...
terima kasih kerana menghargai diri
ini semampunya...
terima kasih kerana hadir tika diri
ini memerlukan seseorang...
sesungguhnya percayalah sayang...
kasih dan sayangku hanya untukmu....
selamanya...
semoga kebahagiaan sentiasa milik kita selamanya...

Friday, February 19, 2010

LAYAKKAH AKU...

layakkah aku disisimu...
bukan kerana aku mengejar kekayaan...
bukan juga mengejar darjat...
bukan juga kerana pelajaran ku yang tinggi...
layakkah aku mendampingimu...
melayarkan bahtera impian yang sama...
terbang dalam mimpi-mimpi indah yang kita reka...
hidup dalam kisah dongeng ciptaan sendiri...
kuatkah aku...
berhadapan dengan semua itu...
berdiri disisimu...
sedangkan kadang-kadang aku pun jatuh tersungkur
dengan impianku sendiri...
mampukah aku meminjamkan kekuatan aku kepadamu...
layakkah aku...
sedangkan aku sendiri tidak kuat...
mungkin ini ujian buat kita...
aku pasrah jika itu sudah tertulis untukku...
bukan kekayaan dan harta yang aku pinta...
cuma satu...
semoga kebahagiaan menjadi milik kita...
andai itu takdir buat kita...
jangan merasa tersisih kerana aku tinggi darimu...
tapi yakinlah dengan perasaan yang wujud dalam hati...
kerana itu aku yakin...
jauh mana pun kau pergi...
kau tetap milikku...
selamanya...
akan kupinjamkan kekuatan yang tidak seberapa ini...
kepadamu...untuk kau bangkit berdiri...
seteguh gunung... biar pun payah harus kau harungi
ombak agar istana mampu dibina tatkala ribut melanda...
agar hari-hari indah sentiasa dalam mimpi kita...
jika kebahagiaan janji yang mampu kau berikan...
percaya hati ini milikmu selamanya..
biar apa pun orang kata...
hanya kita yang tahu cerita sebenarnya...
biarkan cerita ini menjadi cerita kita buat selamanya...

Sunday, February 14, 2010

cerita hati 13....

dah lama hati tak coretkan something...
bukan aper sibuk dengan tanggungjawab baru...
banyak cerita hati ingin kongsikan...
kisah suka dan duka bergelar pendidik...
hati pun tak tau la sama ada ...
hati ini layak digelar cikgu atau tidak...
mula-mula hati melangkahkan kaki ini di hari pertama
ke sekolah ini...
hati berasa sangat berdebar-debar...
melihat gelagat pelajarnya dengan bermacam-macam ragam...
kalo budak sekolah rendah...
senang jer hati piat-piat telinga...
tapi nie da besar panjang...
da la nie zaman hati-hati itu membesar...
di usia inilah hati-hati itu bermain dengan bermacam-macam emosi...
rasa macam hati da give up je...
namun hati kuatkan semangat...
jika kerana hari ini hati sudah patah semangat...
bermakna hati sudah salah memilih kos...
namun hati nekad sekali hati melangkah...
bermakna keputusan hati ini tepat...
hati yakin hati tidak silap...
mungkin ini cabaran bagi guru-guru baru...
namun kini hati sudah dapat mengawal hati-hati itu...
hati ini berharap hati itu akan memahami ilmu yang disampaikan...
kini...
hati semakin menyukai profesion ini biar pun penat...
namun hati akan gembira melihat hasilnya...
ragam hati-hati itu...
membuatkan hati semakin kreatif dan bijak mengawal tingkah laku...
hehehe...
hati kena pandai bermain emosi...
kerana hati-hati itu berada pada tahap emosi
yang tidak stabil...
melayan hati-hati itu ibarat kawan adalah tugas hati...
sentiasa bergurau dan tegas adalah tugas hati...
mungkin ader hati yang terasa dengan hati ini...
namun hati ini lakukan untuk kebaikkan hati itu...
mungkin tidak dapat dilihat sekarang namun percayalah
jika ia berjaya hati kau pasti hargai hati ini...
dalam kesibukkan di sekolah...
hati ader masalah lain yang perlu hati selesaikan...
masalah janji...
betul keputusan yang bakal hati ambik ini...
apakah kesannya pada hati ini nanti...
adakah kecewanya lagi teruk dari dulu...
atau ader manisnya di sebalik kesedihan dulu...
yang tidak dapat tidak hati tepis lagi...
apa yang perlu hati lakukan....
hari semakin hampir...
hati bingung... hati keliru...
jika diberi peluang hati inginkan keadaan sekarang...
yang sentiasa tenang tidak mengecewakan sesiapa termasuk hati sendiri...
tetapi ibarat kawan hati berkata
"hati kau tak leh tamak hati"
"jika hati itu bukan milikmu... lepaskan dia...jangan sakitinya...
jangan buat seperti hati itu lakukan padamu dulu..."
"ingat hati jangan tamak...."
Ya Allah....
apaer perlu hati lakukan...
adakah hati memberikan harapann pada hati itu...
namun hati lebih selesa sekarang berbanding dulu...
jiwa tidak tertekan...
hati tidak kecewa...
tidak mengharapkan pada yang tidak pasti....
dan tidak memberikan harapan...
namun hati itu berharap...
layakkah hati ini berdendam...
hati kau seakan berdendam hati...
lepaskan agar tiada yang kecewa...
jika milikmu...
hargaila hati...
berikan peluang...