BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

tatkala ini...

tatkala ini aku sendiri...
melalui masa dan minit seorang diri...
tanpa ditemani oleh mereka disisi...

tatkala ini aku memikirkan hari-hari mendatang
yang bakal aku lalui selepas ini...
adakah setabah dan sekuat itu...

tatkala ini aku berasa begitu takut...
ingin sahaja diri ini menangis...
menghadapi cabaran masa hadapan...
yang kita sendiri tidak tahu kesudahannya...

tatkala ini ingin aku kembali...
kembali ke zaman kanak-kanakku...
kembali ke zaman persekolahan...
yang tidak mungkin aku lupai kegembiraannya...

tatkala ini aku memikirkan sesuatu...
layakkah aku melangkah selangkah ke hadapan...
bermain dengan api dan air...
layakkah aku menjadi seperti yang diinginkan...

tatkala ini seribu persoalan bermain-main diminda ini...
apa yang patut aku lakukan...
mengikut seperti yang dirancang...
atau...
bertindak dan berfikir...

Wednesday, November 18, 2009

TiAdA....

Tiada luka di dalam hati...
walau marah sepanas api...
kerana cinta yang ditaruhi...
adalah dari kasih yang suci...

Tiada dendam di dalam hati...
walau diri sering dikhianati...
kerana kesetiaan yang dimiliki...
adalah seikhlas hati...

Tiada sendu di dalam hati...
walau berjauhan setiap hari...
kerana rindu yang dirasai...
adalah dari orang yang tak sudi...

Tiada kesal di dalam hati...
walau cinta asyik dicemari...
kerana aku yang tak sedar diri...
biarpun diri tak dihargai...

Tuesday, November 10, 2009

Hari-hari terakhir...

aku menyusuri hari-hari terakhir di UPSI....
tak sangka nak abis...
pejam celik....pejam celik...
3 tahun lepas berat ati gak nak datang sini nak ambik
kos yg aku sendiri tak yakin...
kini setelah selesai paper
terakhir 9/11/09.... inilah paper terakhir aku(insyaallah)
kerana selepas nie aku yg akan bg exam kat org insyaallah...(hehe)
kini aku pening dengan umah sewa yang bakal aku duduki bersama rakanku...
semasa praktikal tahun depan...
yang paling menakutkan...
even kawasan shah alam...
majoriti bdk kat sekolah tu bdk india...
oh my god mcm mn ner leh ker aku wat...
kalo tau awl2 aku tukar sekolah ...
tapi bdk2 kat sekolah tue aku tak pening...
yg pening sangat sekarang nie pasal rumah sewa...
yela aku gan kawan aku jer 2 orang pompuan sepatutnya 4 orang...
tapi kakak tue tukar pulak...
tak bagi tahu aku kalo tak aku pun tukar gak...
namun aku redha sekolah kat situ...
insyaallah cikgu fazilah leh wat...yes....
tapi macam ner nak cari bilik sewa kat Taman Sri Muda shah alam
sewa jangan cakapla mahal gila...
yang paling aku kecil hati gan kawan-kawan yang praktikal dekat gan sekolah aku...
diaorang tak ajak pun aku and kawan aku duk sekali...
sampai hati diaorang kan...
tak per biasanya orang yang buat macam tue mst dapat balasan...
maybe ader hikmah buat aku and kawan aku maybe dapat A saper tau...
tapi aku kecil hati sangat gan bdk2 tue...
entah kenapa mudah betul airmata nie mengalir....
rasanya da penat menebal muka kat diaorang...
macam la aku teringin sangat orang kalo leh ...
nak cari ramai2 sewa leh murah sikit...
nie diaorang pentingkan diri...
tak per buatla...
at least kawasan tue dekat dengan umah aku...
kalo ader masalah pun dekat...(cuba pujuk hati)
ahad nie nak pi cari umah sewa... hope dapat yg dekat and yang murah...
amin....
semoga dipermudahkan semua kerjaku Ya Allah... mudahkan perjalanan hamba-Mu ini...
beri aku kekuatan mengahrungi dugaan yang bakal aku terima...
semoga segala benda yang berlaku ini ader kebaikan bagiku dan kawan ku amin...

Hari-hari terakhir...

Saturday, November 7, 2009

bermula Semula...

Ini kita berjauhan
rindu ini tak tertahan
walaupun saling menyayangi
kita roboh kota cinta
kembalikan cinta suci
usah biar ia mati
usai sudah janji-janji
kita berdua
Oh sayangku
berilah ruang untuk seketika
kita mengerti mengapa begini
berakhirnya cinta ini
Kita mulakan cinta ini
memutihkan pengalaman hitam kita
wahai kekasihku
inginku bermula semula
kerana cinta suci ini
padamu yang aku sayangi