BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

cerita hati 8....

Hati tak tahan...
Sakit sangat bila ditahan...
Tuhan saja yang tau sakitnya hati ini...
Tiada hati yang faham...
Tiada hati yang tau...
Meronta-ronta minta dilepaskan...
Namun pada saper perlu ia dicurahkan...
Tiada hati yang faham hati ini...
Ingin saja hati ini menjerit memberitahu satu dunia...
Sejak hari itu.... sehingga kini sudah penat hati pujuk hati ini...
Yang berlalu biarkan ia berlalu hati...
Namun hati ini tidak pernah faham...
Tatkala perasaan itu hadir...
Hampir setiap masa sehingga hari ini...
Hati ini merintih pedih...
Titis air jernih pantas turun tanpa dipinta...
Tiada lagi ruang dalam hati ini untuk hati itu...
Namun kenapa hati ini merintih pilu...
Kenapa murah saja air jernih itu mengalir tanpa dipaksa???
Pergila jauh perasaan bukan hati ini yang perlu kau singgah...
Pergi jauh jangan dekati hati ini...
Hati ini penat merintih pada yang tidak sudi...
Penat hati ini berbohong dengan perasaan sendiri...
Kenapa perasaan itu perlu hadir lagi tatkala hati ini bersendiri???
Tolonglah hati tak terdaya lagi hati menyimpan semuanya...
Sakitnya tak tertanggung...
Ini semua kerana hati itu...
Wahai hati sabarlah ini hanya ujian kecil istighfarlah bebanyak hati...
Moga hidupmu diredhai oleh-Nya...
Tabahkan hati... kuatkan hatimu... jangan mudah mengalah hati kerana hati itu...
Jangan lagi berharap pada yang tidak sudi hati...
Pada saper ingin hati ini luahkan...
Tiada hati yang faham...
Bila perasaan itu hadir ibarat barah yang merebak keseluruh badan ini...
Tiada masa... sekali terkena habis semuanya...

Aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Hati ini tak tahan lagi pergilah perasaan itu pergi jauh dari hati ini...
Kesianlah pada hati ini...
Hati ini tidak kuat lagi pergi jauh jangan lagi kau kembali...
Biarkan hati ini tersenyum bukan merintih...
Biarkan senyuman hati ini ikhlas bukan kerana dipaksa...
Pergi jauh perasaan itu... jauh-jauh... pergilah kau...
Bukan disini tempatmu...
Berikanlah hati ini kekuatan...
Mungkin pada luaran hati ini kelihatan kuat dan tabah dengan dugaanmu...
Namun hati sebenarnya tidak kuat perasaan...
Hati ini lemah... hati ini lemah kerana hati itu...
hati ini inginkan kekuatan itu...
Pergilah jauh-jauh... penat sudah titis–titis jernih ini mengalir...
Kenapa perlu dibazirkan kerana hati itu???
Kenapa perlu dibuangkan masa kerana hati itu...???
Kenapa bergenang air jernih itu... lagi sekali???
Lupakannya hati... biar ia menjadi kenangan yang terindah...
Tidak hati ini tak berdaya...
Lawan hati lawan demi kehidupanmu...
Jangan berharap pada hati itu lagi....
Jangan berharap hati...
Seksanya hati ini... bantulah hati ini Ya Allah tabahkan hatinya...
Kenapa perlu ader lagi pertemuaan ini...???
Hati inilah realiti kehidupanmu...
Ke mana kaki mu hati melangkah... hati itu pasti ader...
Sabarlah hati... kuatkan hatimu

cerita hati 7....

hari ini raya kedua...
Kawan baik hati jemput datang ke rumah terbuka...
Hati pun da lama tak berjalan ke rumah kawan-kawan hati...
Jadi inilah masanya... windunya masa lalu...
Andai masa dapat diputar kembali....
Tapi itu tak mungkin berlaku...
Mungkin perjalanan hati hari ini jauh jadi hati berpendapat lebih mudah hati
Memakai blous...
Blous purple menjadi pilihan hati... entah kenapa hati berat nak pakai blous purple nie...
Hati ader juga gosok baju kurung...
Tapi entah naper hati memilih baju purple itu...
Hati da lambat sampai ke rumah kawan hati...
Disebabkan janji hati dengan kawan yang lain...
Secara tidak sengaja hati da melukakan kawan hati yang hati janji itu...
Dua-dua salah tapi hati lebih2 lagi salah sebab kata-kata hati
Mungkin menyebabkan hati kawan hati terluka...
MAAFKAN HATI... HATI TAK SENGAJA... HATI TIADA NIAT...
Masa itu hati geram... coz da janji nak sampai umah kawan hati kul 1.40...
MAAFKAN HATI... HATI BETUL-BETUL MINTA MAAF...
Akhirnya hati pergi sendiri ke rumah kawan baik hati...
Ramai gak kawan baik hati da ada...
Hehehe segan pula gan kawan baik hati coz mare kat kawan hati yang sorang tue...
Da la kat umah orang...
Hampir setengah jam hati tiba...
Hati itu pun tiba...
Alangkah terkejutnya hati bila melihat warna baju yang tersarung...
Warna baju hati dengan warna baju hati itu sedondon...
Tidak sedikit pun kurang warnanya betul-betul sama...
Hati ini tak terkata... hati lain jugak terperanjat... seakan-akan hati ini dan hati itu berjanji..
Nak janji apa pulak da la hati ini dan hati itu tak baik...
Ader mata hati lain yang memandang ke hati ini minta penjelasan...
Aper yang hati boleh katakan hanya senyuman sahaja yang mampu terlukis...
Biar pun tiada makna...
Entah naper hati ini tidak keruan... mungkin hati itu pun berfikir seperti itu...
Adakah jodoh antara kedua hati ini???
Mungkinkah ini pertunjuk dari-Nya...
Tak mungkin... mungkin kebetulan sahaja...
Tapi selama ini cuma sekali sahaja pernah baju hati ini dan hati itu sama
Tapi lain warnanya tak sama langsung... itu pun dirancang...
Banyak hati lain yang pikir ader sesuatu antara hati ini...
Mungkin jika kedua hati ini pasangan... boleh dikatakan pasangan ini pasangan ideal...
Namun tak mungkin itu berlaku...
Kedua hati ini tak mungkin bersama tidak sekali-kali...
Kerana hati itu telah mengecewakan hati ini...
Hati itu tidak ader pendirian...
Hati itu tiada saat hati ini memerlukan...
Hati itu tidak faham akan hati ini....
Hati itu tidak menyayangi hati ini sepenuh hati kerana hati itu
Takut dikecewakan...
Hati ini cuba menjadi hati sendiri namun hati itu telah berubah...
Bukan lagi hati yang pernah hati ini kenali...
Hati ini bukan hendak masa 24 jam cukuplah hanya sekadar sistem pesanan ringkas
Dibalas sebagai tanda... hati itu sihat...
Tak perlu panjang berjela...
Tak perlu mukadimah...
Tak perlu ayat-ayat cinta...
Bukan banyak hati ini pinta cuma itu sahaja susahkah hati itu...
Berat sangatkah permintaan hati ini...
Hati ini cuma hendak tahu berita hati itu...
Hati itu seakan-akan menyembunyikan sesuatu...
Biarlah kenangan menjadi kenangan...
Usah dikenang kerana makin dikenang makin sakit hati ini...
Makin sengsara... kerana melawan perasaan itu....
Jauhlah perasaan itu jangan kau hadir lagi dalam hati ini...
Hari baik bulan baik ingin hati ini meminta maaf...
Namun hati itu tetap dengan egonya...
Tidak sekali hati ini bersuara... dari kl sehingga separuh jln ke seremban...
Berhenti rehat sekejap kerana perjalanan masih jauh...
Hati ini geram bila hati-hati lain kata hati itu merungut-rungut...
Kalo hati itu tak sudi pergi tak perlu hati itu pergi...
Akhirnya hati ini yang geram pun sound hati itu...
Namun hanya hati yang terbakar sahaja masa itu...
Sakit betul hati ini dengan hati itu...
Rasa panas jer... tak leh hati ni lihat hati itu... membara-bara saja...
Hati cuba pendamkan jugak....
Bila masa balik hati terpaksa jugak tumpang hati itu...
Sakitnya hati ini lihat perangai hati itu yang mengada-gada...
Saja jer nak buat hati ini mendidih... rasa macam perjalanan ini panjang jer nak smpi kl...
Tika berhenti rehat di hentian rehat..
Hati yang tak tahan hati itu asyik merungut... akhirnya hati bagi apa yang hati itu bebelkan
Namun kawan hati kata tak payah namun hati jadi pedih dengar...
Membebel macam pok cik tua...
sebaik sahaja sampai kl... hati lega sampai jugak...
Sepanjang perjalanan hati mendiamkan diri...
Bosan hati ini tak payah di ceritakan...
Namun hati tak sabar nak sampai umah... malas nak tengok hati itu...
Rasa panas jer hati ini...
Mungkin panas sebab hati itu mengada-gada... dan mungkin
Kerana kisah lama...
Hati itu hantar jugak hati ini dirumah namun hati tak sempat nak
Ucapkan selamat tinggal kepada kawan baik Hati...
kalo boleh hati nak balik cepat...
Nak lupakan segala-galanya yang berlaku hari ini...
Hati pasrah....

cerita hati 6...

Hari ini hati nak balik raya yahooo.... da lama hati tak balik umah...
Tapi kalo hati balik umah pun tak der org alih2 hati berbuka sorg jugak...
Sedih.. tak la mula2 dulu sedih jugak tapi skrg hati da ok...
Lebih senang seorang dari berdua...
Eh naper hati cakap macam tue...
Hari ini 16/09/09... empat hari selepas hari jadi hati...
Hari ini kemungkinan hati akan jumpa hati itu yang pernah mengajar
Hati ini gembira, sedih, terluka, kecewa, mencintai dan dicintai, disayangi dan menyayangi...
Hati itu... da lama gak hati ini tak jumpa hati itu...
Hampir 2 tahun...
Kali terakhir hati jumpa hati itu sebulan selepas besday hati....
Kenapa hati ini putus dengan hati itu...
Entah hati pun sehingga ini keliru... saper yang bersalah hati ini atau hati itu...
Atau mungkin tiada jodoh antara dua hati ini...
Namun hari ini hati kena terima hakikat sejauh mana hati berlari...
Kisah hati itu dan hati ini pernah ader sejarahnya...
Sejarah yang tak mungkin dilupakan biar pun kerap kali hati menipu hati sendiri...
Biar sakit tapi hati pasrah....
Masih adakah secebis nilai persahabatan antara dua hati...???
Atau hanya hati ini sahaja yang ingin bersahabat...
Hari ini hati arrange kira reunion gak gan kawan-kawan hati yang lain...
Saja aje hati wat macam tue bukan senang nak jumpa kawan-kawa hati...
Hati itu jugak kawan hati... biar pun satu ketika hati hampir tidak mengaku hati itu kawan...
Namun ke mana hati pergi pasti ader hati yang bertanya tentang hati itu...
Sampai bila hati itu dan hati ini berkait...???
Mungkinkah ader jodoh antara kedua hati ini...
Hati tidak mahukan harapan... hati takut kecewa... sakitnya tuhan sahaja yang tau...
Tapi satu sahaja sehingga kini hati masih lagi tertanya-tanya hingga kini...
Kenapa hati itu ingin hati jadi begini sampai hati... hati itu buat hati begini
Buat kali kedua...
Adakah dendam masih terpahat dalam hati itu???
Jika benar luahkan sahaja hati...
Hati ini tidak akan marah cuma inginkan kepastian... hati redha jika tiada jodoh
Antara kedua hati tapi jangan kerana apa yang hati ini luahkan...
Engkau hati menyerah...
Hati ini tidak inginkan kesempurnaan cuma hati ini takut kehilangan hati itu seperti...
Selepas hati kehilangan seorang yang hati sayang...
Tepat seperti yang dijanjikan masa dan hari...
Hati datang bersama kawan baik hati... kawan hati memberitahu akan kehadiran
Hati itu kemungkinan hati itu lewat...
Ada sedikit debaran dihati... namun hati cuba pendamkan sahaja...
Hati ini sempat bergurau senda dengan hati-hati yang lain...
Sebelum kehadiran hati itu...
Hmm...
Hati memang da agak hati itu pasti hadir dengan t-shirt putih...
Warna kesukaan hati itu...
Saat mata hati terpandang hati itu...
Inilah kali pertama hati rasa seperti darah tak mengalir keseluruh hati...
Hati terkedu... diam seribu bahasa... dari riang bercerita...
Entah hati tak tau kenapa hati begitu...
Hati pernah berfikir andai hati ini berjumpa dengan hati itu bagaimana reaksi hati...
Entah hati pun tidak pasti...
Mungkin hati akan berperasaan seperti hari ini...
Bukan hati ini tak nak menegur hati itu... jauh sekali hati ini menyimpan dendam...
Tapi suara yang ingin dilontar seakan tersekat...
Tiada suara yang hadir... maafkan hati ini...
Tiada niat hati ini berdendam dengan hati itu...
Biar pun hati ini terguris dengan hati itu...
Cuma hati ini berasa janggal...
Jalan yang terbaik untuk hati ini hanya mendiamkan diri...
Mungkin hati-hati lain melihatkan hati ini dingin dengan hati itu namun sebenarnya tidak
Hati ini tidak ada lagi perasaan itu...
Cuma hati ini takut hati ini mudah lembut...
Buat aper hati ini yang mulakan dulu...
Ah... setiap kali dari dulu sampai skrg hanya hati ini sahaja yang mudah
Lembut hati tetapi hati itu tidak pernah sekali memulakan perbualan...
Mungkin hati itu takut menegur...
Jangan risau hati ini tak seperti yang dijangkakan...
Namun bila hati itu dengan ego yang tinggi...
Hati ini pun ader egonya jugak...
Tidak sekali hati ini akan lembut lagi... tidak sekali-kali...
Hati penat berlembut hati... penat berharap agar persahabatan ini berkekalan...
Penat memberi hati itu peluang...
Namun ego hati itu lebih tinggi... dulu hati itu harap agar persahabatan dua hati ini berkekalan
Biar pun hati tak sanggup lagi bersahabat dengannya...
Namun hati akur dia tetap sahabat hati...
Tapi hati itu tidak reti menegur sahabatnya...
Jangan harap hati ini menegur hati itu... biar pedih hati ini
Biar terluka... biar sakit namun hanya hati yang tau rahsia hati...
Maafkan hati ini... kerana membuat hati itu terasa terpinggir...
Bukan silap hati ini namun hati itu terlalu ego...
Maafkan hati ini sekali lagi hati ini pun terpaksa mengikut kata hati
Sendiri... biar hati ini tegar asalkan tidak mudah lembut seperti dulu..
niat hati nak jumpa semua kawan-kawan hati baik namun hati itu memang
menduga kesabaran hati...
pergilah hati pergi bawa egomu dari hati ini...
hati doakan engkau akan perolehi kebahagian dengan ego mu itu hati...
hati ini terpaksa kuatkan hati seolah-olah hati itu tiada disitu...
hati kuatkan hatimu...

Tuesday, September 15, 2009

selamat hari raya maaf zahir dan batin




selamat hari raya maaf zahir dan batin...
halalkan makan minum ek...
terkasar...tersakit hati... terguris hati...
kepada kawan-kawanku jangan simpan dalam hati ek...
semoga raya kali ni memberikan makna yang besar...
semoga sentiasa gembira di hari raya...
bagi yang berjalan jauh hati-hati dijalan raya...
ingatlah orang yang tersayang...
hehehe
kalo agak-agak makan makanan yang sedap raya nie ingatlah saya
disini hehehe...
jom beraya...
salam aidilfitri...

Friday, September 11, 2009

cerita hati 5...


finally hati menginjak ke angka yang cun gila 22...
entah hati rasa bahagia kerana sampai jugak ke ummur ni
hope tahun depan pun dapat gak hati merasa hari ini...
tapi hati tak tau la hati mcm tak excited mcm selalu...
mcm lost something jer...
ape2 pun thanks kat rumate2 ati...
thanks hadiah tue sedap hati peluk...hehe
hati nak wish gak kat ct, yan, hus and kak fifah coz tak lupa
kan hati...
especially kat kembar hati thanks for everything...
hari ini hari bersejarah hati...
setelah 22 tahun.. entah kali ke berapa hati tak ingat besday hati
jatuh hari sabtu but for this sweet moment akan kupahatkan
tarikh bersejarah nie...
22 tahun da berlalu tepat hari sabtu seperti hari ini hati lahir...
terima kasih emak and ayah lahirkan hati ke dunia nie...
biar pun banyak pancaroba namun hati hope hati tabah menghadapinya...
sweet 22 hati harap hari ini takkan berlalu pergi....
biar ia sentiasa dihati...
sekali ia berlalu sukar tuk kembali...

" hope tahun ini dan bakal mendatang... hati lebih kuat menghadapi
dunia yang penuh pancaroba... lebih tabah dan matang... lebih waras
(macam tak waras jer sebelum nie hehe)... lebih tenang hidup... di
permudahkan hidup dan kerjaya malah semasa belajar secara langsung atau tidak...
lebih berani.... dimurahkan rezeki selalu... tidak mudah patah semangat...
berjaya di dunia dan akhirat... dapat 4 flat or dekan lagi insyaallah...
sentiasa berusaha... bertambah rajin... kurang marah2... happy sentiasa...
ramai kawan dan yang paling penting jika ader jodoh mintak dijodohkan gan
orang yang beriman dan berakhlak... tak lupa gak bertanggungjawab ... oppps
(citer pasal jodoh plak hehe sampingan jer hehe).... amin"


kalo ikut hati hati nie banyak da hati nak wish tapi cukup la
takat tue jer takut tak sampai sedih plak kang...
tapi hope hati dapat kuruskan badan gak hehe nak dinner nie...
hahaha...

happy sweet-22 besday hati...
may allah always bless you...
may this nur ramadhan give more light to my life before, after and future
amin...

Tuesday, September 1, 2009

ku pendam sebuah duka...

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...


*** hakikat sebuah percintaan terpaksa ku pendam jua...***