BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 19, 2010

LAYAKKAH AKU...

layakkah aku disisimu...
bukan kerana aku mengejar kekayaan...
bukan juga mengejar darjat...
bukan juga kerana pelajaran ku yang tinggi...
layakkah aku mendampingimu...
melayarkan bahtera impian yang sama...
terbang dalam mimpi-mimpi indah yang kita reka...
hidup dalam kisah dongeng ciptaan sendiri...
kuatkah aku...
berhadapan dengan semua itu...
berdiri disisimu...
sedangkan kadang-kadang aku pun jatuh tersungkur
dengan impianku sendiri...
mampukah aku meminjamkan kekuatan aku kepadamu...
layakkah aku...
sedangkan aku sendiri tidak kuat...
mungkin ini ujian buat kita...
aku pasrah jika itu sudah tertulis untukku...
bukan kekayaan dan harta yang aku pinta...
cuma satu...
semoga kebahagiaan menjadi milik kita...
andai itu takdir buat kita...
jangan merasa tersisih kerana aku tinggi darimu...
tapi yakinlah dengan perasaan yang wujud dalam hati...
kerana itu aku yakin...
jauh mana pun kau pergi...
kau tetap milikku...
selamanya...
akan kupinjamkan kekuatan yang tidak seberapa ini...
kepadamu...untuk kau bangkit berdiri...
seteguh gunung... biar pun payah harus kau harungi
ombak agar istana mampu dibina tatkala ribut melanda...
agar hari-hari indah sentiasa dalam mimpi kita...
jika kebahagiaan janji yang mampu kau berikan...
percaya hati ini milikmu selamanya..
biar apa pun orang kata...
hanya kita yang tahu cerita sebenarnya...
biarkan cerita ini menjadi cerita kita buat selamanya...

0 comments: