BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 13, 2009

cerita hati 4...

hati yang suci lahir dari peribadi yang murni...
hati yang keruh dari peribadi yang kotor...
yang manakah satu pilihan hati...
hati yang suci atau hati yang kotor???
kekadang hati sering alpa tentang tanggungjawab
yang perlu dipikul...
menjadi hati yang dicipta oleh ALLAH...
hati tidaklah sempurna dari semua segi...
kalo ditanya pada hati tentang hati...
hati cetek ilmu akhirat... kadang2 hati jeles dengan
hati yang pandai tentang ilmu sebegitu...
namun hati sentiasa berusaha menjadi hati yang terbaik
dan direhai Allah...AMIN...
cuma hati terkadang keliru dengan hati yang lain...
ilmu agama yang menjadi teras agama...
dibiar begitu sahaja dianggap ringan oleh hati2 ini...
bukan semua hati sempurna termasuk hati sendiri...
namun hati sentiasa cuba dan sedar dengan hakikat ini
malah hati memperbaiki supaya menjadi hati yang diredhai oleh Allah...
benar semakin tinggi ilmu didada hati semakin alpa...
solat yang dijadikan tiang agama pun dianggap ringan...
sedarlah sekarang semua hati kita da berada diakhir zaman...
amalkan semua ilmu didada...
hati pelik jika ada hati yang ambil mudah tentang solat...
ini sebagai peringatan...
banyak petunjuk depan mata kita da lihat...
tolonglah hati jangan hipokrit...
jangan ingat kami tak nampak biar kami tak nampak...
namun ingatlah bahawasanya ALLAh nampak...
apa yang kita buat...
ada 1 kisah dimana
hati ternampak ader hati lain yang sengaja meringankan suruhan Allah...
bukan sekali dua hati itu berbuat begitu banyak kali...
tensen gak hati ini...
kalo dulu hati itu kadang2 saja tinggalkan solatnya tetapi kini
hati itu sengaja meninggalkan solat seolah2 ia bukan
lagi satu kewajipan...
tolonglah hati jangan nak hipokrit...
bila memerlukan bantuan dari tuhan kau pun lakukan ibadahnya...
bila hati kau senang kau jauhkan hati mu dari mendekatinya...
tidak malukah engkau hati berbuat begitu...
tidak fikirkah engkau hati andai satu hari...
Allah tarik segala kesenanganmu...
sedarlah hati kita bukan makin muda kita semakin tua...
kalo tidak 10 atau 20 tahun lagi kita mati...
mungkin bulan ini...mungkin minggu ini....mungkin hari ini...
mungkin jam ini...mungkin minit ini...
mungkin saat ini...
hati jangan asyik nak tido kerana mungkin engkau hati akan tido
buat selama-lamanya nauzubillah...
bukan selama2nya hati sentiasa senang ada masanya hati
juga akan mengalami kesusahan...
jangan bila susah... hati ingat kepada PENCIPTA tatkala
senang hati alpa...
tolonglah hati 5 minit jer masa yang perlu kau peruntukkan
dan luangkan masamu dengan yang maha esa begitu besar maknanya...
dari hati luangkan masa dengan aktiviti lain...
ilmu yang diperolehi akan jadi lebih berkat...
solat 5 minit atau beribu-ribu dosa yang diperolehi dalam 5 minit?
pilih la hati kerana hanya hati bisa membuat pilihan...
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
semua hati tidak sempurna... tetapi
ader pilihan untuk jadi hati yang sempurna...
dunia dan akhirat...
amal makruf nahi mungkar...
wallahualam...

0 comments: