BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

16.10.10... no 68.. selepas konvo...

Sebaik saja aku menjejakkan kaki di UPSI ...
semua jadi serba tak kena...
kenapa aku sendiri pun tak tahu...??
adakah kegembiraan aku hari ini sekadar kepura-puraan..
namun satu yang buat aku rasa gembira...
tatkala bila kaki aku masuk ke audi...
melihat rakan-rakan semua gembira...
aku tumpang kegembiraan mereka untuk seketika...
perarakkan aku ke dewan juga berjalan lancar...
nasib baik dapat orang sebelah yang banyak cakap...
kalau tidak mahu bosan gamaknya...
hehehe...

Namun... aku tetap berbangga dengan diriku kerana
dapat berdiri sama seperti rakan-rakan lain...
dapat juga masuk ke dewan ini...
dan satu perasaan bangga yang aku sendiri tidak pasti dari mana...
aku malu... bila diperhatikan ramai orang...
tapi aku antara yang perlu dirai...

siapa yang meraikan diriku???
nasib baik ada teman-teman yang baik...
sanggup bersusah dan senang bersama...
mereka tetap hadir walaupun masing-masing ada komitmen yang perlu diteruskan...
bagi mereka janji seorang sahabat perlu dikotakan...
mereka tetap membuat aku bahagia...
walaupun hakikatnya aku sendiri tak gembira langsung dengan konvo kali ini...
sejambak... 14 kuntum rosazul dihadiahkan oleh mereka kepadaku...
itulah kegembiraan yang tidak ternilai...
dan menaikkan semangatku melangkah naik ke pentas kala itu...
makin bersemangat bila nama aku diucapkan oleh pengacara majlis...
kerana jasa yang mereka curahkan padaku tidak terhingga...
TERIMA KASIH TEMAN...

namun selepas berakhirnya istiadat tersebut...
diriku kembali kepada aku yang asal...
entah kenapa dari awal persiapan konvo sehingga ke hari ini...
semua serba tidak kena...
dari baju... perancangan dan segala-galanya...
dan mengharapkan kehadiran seseorang juga tidak terlaksana...
seakan tidak memihak kepada aku....
dugaan sungguh...
biarpun hatiku memberontak kuat...
namun aku perlu redha...
redha seredhanya... biarpun hati sakit...
namun aku sentiasa cuba berfikiran positif...
ini cuma ujian kecil saja... yang pasti tidak tahu ujian selepas ini...
tiada apa yang menarik pada konvo aku yang pertama
dan mungkin terakhir ini...
yang ada hanya kesedihan kerana semua tidak berjalan
lancar seperti yang dirancang 4 tahun lalu~~~

0 comments: