BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

sekadar coretan....

kadang-kadang kita perlukan masa bersendirian tuk
diri sendiri...
berikanlah masa untuk diri sendiri ...
ambillah masa untuk bersendirian...
tenangkan diri...
berzikirlah kerana itu salah satu cara untuk mengubat kegelisahan hati...

kadang-kadang pengalaman mengajar kita lebih berani...
menghadapi kenyataan di depan...
yang kita tidak ketahui...
pengalaman menjadikan kita lebih kuat menghadapi rintangan
walaupun berseorangan...
bukan setiap masa mereka ada disisimu...
jadilah lebih berani dan matang bagi menghadapi hidup
yang semakin mencabar...

kadang-kadang pahit untuk ditelan...
namun percayalah yang pahit itu ubatnya...
walaupun tak dirancang namun itulah kehidupan...

kadang-kadang jangan memberi harapan jika tidak pasti...
kerana orang yang mengharapkan harapan akan menyalahkan kita
jika harapan itu tidak dipenuhi...
jangan memberi harapan... dan jangan merancang...
kerana yang kita rancang belum tentu menjadi...
yang pasti satu perancangan yang akan jadi sekiranya
diperkenankan oleh-NYA...
MAHA PENCIPTA saja mampu merancang dengan sempurna...
kita sebagai hamba-NYA perlu banyakkan tawakal...
jangan beri harapan jika tidak berani untuk dipenuhi...
kerana kelak kau akan kecewa...

kadang-kadang ada masa kita diatas...
ceria dan gembira sentiasa tiada masalah yang perlu difikirkan...
namun jangan lupa kehidupan kita ibarat roda...
tak mustahil kita akan berada dia bawah...
kecewa... sedih... putus asa... kurang keyakinan diri...
namun jangan biarkan diri dikuasai perasaan itu...
jika tidak kau akan sentiasa putus asa...

0 comments: